Thursday, June 25, 2009

BERMAIN DENGAN MEMORI

Walaupun aku bukannya mahu meninggalkan Kolej Cendana ini dalam masa terdekat (aku terlibat dalam Minggu Mesra Siswa), perasaan sentimental semacam menyelubungi aku walaupun tidaklah seberapa. Aku nanti akan rindu kepada rakan-rakan bilik 1/407 dan juga warga Kolej Cendana dan juga kawan-kawan INTEC yang lain. Walaupun kami-orang ni boleh saja berhubung melalui Facebook, rasanya tidak sama dengan berjumpa muka-kepada-muka (face-to-face). Aku macam nak menyingkap semula benda-benda yang aku buat sama-sama semasa di INTEC ni:

Ngan kawan-kawan bilik 1/407:
- pegi makan sama-sama
- pegi makan lai chi kang sama-sama
- pegi makan ais krim sama-sama (biasa beli di Petronas)
- pegi PC Fair sama-sama
- pegi Bukit Cerakah sama-sama
- masak nasi sama-sama (walaupun beras tu pun dah jadi apa entah)
- makan dekat warung indon yang terkenal itu sama-sama
- makan dekat restoran dawood sama-sama
- pegi dobi sama-sama (tapi aku tak pernah guna servis dobi tu)
- sakat Fauzan 120 sama-sama
............................................
.....................................
...............
......
(endless)

Ngan kawan-kawan Cendana:
- main futsal sama-sama
- main PES sama-sama (dulu main di bilik Raja, sekarang main di bilik Poan sebab lagi dekat)
-....................
.......(infinity)

Ngan kawan-kawan INTEC:
- belajar Writing sama-sama
- belajar Reading sama-sama
- belajar SAT sama-sama
- belajar TOEFL sama-sama (selalu tertidur sebab khusyuk sangat)
- belajar Precalculus sama-sama
- belajar Calculus sama-sama
- belajar C++ sama-sama (pergh, benda paling best aku belajar di INTEC)
- belajar Psychology sama-sama
- belajar Islamic Study sama-sama
- pergi Sunway Pyramid sama-sama (sampai muak)
- pergi Wendy's sama-sama
- pergi BBQ sama-sama
- pergi Sg Gabai sama-sama (gelungsur tu memang terbaik ar)
- pergi Sate Kajang sama-sama
...............................................................................
.....................................................
......................( infinite loop)

Apa-apa hal pun aku mahu mengucapkan selamat berjaya kepada budak-budak yang mahu terbang dengan budak-budak yang perlu duduk di sini setahun lagi. Lagi satu. Aku nak ucapkan selamat berbahagia kepada rakan-rakan bilik 1/407 yakni Syazwi,Niro, Faiz Hakim, Wafi dan Nazreeq kerana mereka semua sudah setapak lebih maju daripada aku. Harap-harapnya aku yang di Maryland nanti akan dapat surat jemputan kahwin dari Wisconsin @ Michigan @ Malaysia. Itu saja yang aku mahu bebelkan. Pakka!

5 comments:

ct.mashitah said...

aku mesti x rindu ko, sebab aku kena jumpe ko lagi 4 taun continuously. hahaha XP

Fyzal said...

dont play to much with memories.. it might hurt you.. good luck in everything you do mu buddy!

Fyzals Territory

Zafree said...

aku rindu rambut ko yg unik...

kepalakotak said...

ko dh nak terbang?
siap2 untuk disedihkan kat KLIA.

PrinCeSS said...

mesti rindukan saat2 tu..
so bile fly ni??