Monday, June 1, 2009

DILEMA

Biasanya aku tidak melihat pakaian sebagai "keperluan yang mendesak". Maksud aku, kalau ada jualan murah pakaian, yang diskaunnya mencecah 70-80%, kemungkinan besar ia tidak menarik perhatian aku. Biarpun harga selepas diskaun menjadi kurang daripada RM 10. Hal ini amat bertentangan dengan "The Law of Shopaholic" dimana peluang seperti itu tidak boleh dipersiakan. (Jangan Google istilah itu sebab ia hanya rekaan semata-mata). Tentunya, soal pakaian bukanlah keutamaan bagi diri aku.

Namun, jika ada tawaran yang amat hebat yang berbentuk IT, maka tentunya ia amat mengiurkan diri aku (hakikatnya sebuah komputer yang hebat bukanlah seperti ais krim Cornetto walaupun ianya tetap mengiurkan juga). Lebih dramatik lagi apabila dihimpit oleh 2 pilihan yang sama-sama mendesak, dan hanya 1 yang perlu dipilih sebab kosnya amat besar. Pilihan itu adalah:

1. Adobe CS4 Creative Suite (Student Price)  @ RM 399
Walaupun nampak mahal, namun tawaran ini sebenarnya amat memikat hati kerana harga sebenar Creative Suite adalah RM 2359. Sebab utama aku mahu membeli pakej ini adalah kerana aku mahu menerbang ke United States, jadi segala software yang digunakan mestilah tulen. Oleh sebab produk Adobe mahal belaka, ini sahajalah masanya untuk aku mampu membeli produknya yang tulen. Walaupun software yang aku benar-benar gunakan hanyalah Adobe Dreamweaver (untuk web programming) dan Adobe Photoshop (untuk photo editing), sekurang-kurangnya aku boleh manfaatkan yang lain melalui cara lain.

2. Web Hosting Justhost @ RM 120++per year
Web hosting merupakan salah satu benda yang aku idamkan dari dahulukala lagi. Aku amat memerlukan web hosting aku sendiri supaya aku dapat didedahkan dengan dunia web programming yang sebenar. Namun disebabkan ketidak-mampu-an, aku tak dapat menikmatinya. 

Palin senang sebenarnya pilih saja dua-dua. Masalahnya aku sekarang ni dalam krisi kewangan, jadi terpaksa pilih antara satu, ataupun tak beli langsung. Mana satu, ek?

P/S :Aku ini agak geek, walaupun tak pakai cermin mata.

10 comments:

-man ana- said...

acap...aku nak bli adobe cs4 creative suite tu..kat mana?serious i want it..boleh order kan satu tak..

van der shraaf said...

dier ade retailer utk adobe student price ni..pstu kene bg student id kalo x silap..aku pon x tau mane tmpt dier..tp kalo dh beli tu, bleh x bg dreamweaver? hehe...

kepalakotak said...

belikan aku nasi lemak, teh tarik ngan buah durian.
aku lama mengidam citarasa m'sia.

van der shraaf said...

kt sane x der ke?

aisya said...

hihi. :D
cornetto sedap. :P prli nmpk. ahaha.

van der shraaf said...

cornetto mmg sedap pon..nape nk perli plak...*x fhm*

aisya said...

a'ah kn. sala bce. hahaha. xD

van der shraaf said...

huhu...bahasa melayu je tu..bkn bahasa inggeris..

Anonymous said...

go for adobe creative suite. simple reason..

too tempting.
*but sure ke tu rege die jual(399)?juz make sure info tu btul.

web hosting tu standardnye price, xde beze sgt beli time len.

van der shraaf said...

owh..lupe nk bgtau...web hosting tu best sbb unlimited storage, unlimited subdomain and byk lg kelebihan dier...tu la rase nk beli...