Monday, June 8, 2009

PENEMUAN TERGEMPAR


Penulis pergi ke kenduri kawan kakaknya di Kuantan, disertai oleh, tentunya kakaknya, adiknya, emaknya, abang iparnya dan juga dirinya. Setelah menghadiri kenduri itu, mereka menuju ke Terengganu dengan Kereta Iswara yang masih boleh dipandu. Tujuan mereka : makan angin.

Lalu diperjalanan yang agak lama itu, penulis terserempak dengan penemuan pertama. Inilah dia:


Fenomena alam yang menakjubkan.

Sebelum ini tidak pernah dilihat suatu formasi alam yang sebegitu rupa. Subhanallah. Untuk pengetahuan anda semua, ianya berlaku ketika cuaca masih lagi cerah dan tidak pula hujan. Malahan bentuk formasi itu agak berlainan dengan bentuk pelangi yang tipikal. Tambahan pula, ianya bukanlah aurora yang berlaku biasanya di negara yang berada berdekatan dengan kutub utara. 

Setelah beberapa lama, akhirnya mereka tiba di Pantai Batu Burok (kalau tak silap). Setelah menangkap beberapa gambar, tiba-tiba penulis menemui satu penemuan yang lebih mengejutkan. Inilah dia:

Lihat betul-betul. Pulau Pandan itu mempunyai Gunung Daik.

Jikalau anda benar-benar orang Malaysia, pastinya anda tahu pantun ini:

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.

Mungkin dahulunya Pulau Pandan dan Gunung Daik dianggap legenda, namun bak kata National Geographic, "Think Again". Pulau Pandan itu benar-benar ditengah lautan, boleh dilihat dari Pantai Batu Burok, dan Gunung Daik yang bercabang tiga, terletak di pulau itu. 


Penulis mem-pose dengan hebatnya bersama adiknya setelah menemui sesuatu
yang menakjubkan. Mereka benar-benar puas.

Kemudian mereka menginap di Kuala Terengganu, dan keesokan harinya mereka pergi ke Taman Tamadun Islam. Untuk lebih gambar, anda bolehlah menyelongkar foto-foto di akaun Facebook penulis. Sekian, spasiba balshoye n pakka!

13 comments:

Fyzal said...

wow.. bro.. the first picture is really extraordinary ..

van der shraaf said...

yup..sure it is...it's a spectacular and unique natural phenomenon...

aisya said...

eee. cntiknye!!

gmba las je x cntik. :P hahaha. xde la. men2 je. heee~

van der shraaf said...

huhu..cantik kan?

yela2..gambar last tu gambar kitorg yg x hensem ni...mane la lawa gmbr tu...

MindHeartBodySoul said...

ehhh...

ader meh, Pulau Pandan kat luar Pantai Kuala Terengganu?

Gunung Daik bercabang tiga nun kat Pulau Tioman tuh...

Anyway, tq... I LOVE THIS ENTRY... akan google earth soon...

satu penemuan menarik, bertambah ilmu

van der shraaf said...

huhu...x der2..x tau la pulau tu nama ape..cume tgk kt dlm pantun tu, bentuk dier mcm same plak...saje je nk ngarut dlm post ni...hehe

darrQARAR said...

erm,another tak heran picture..more sattelites..more la prism...bosan seyh!

darrQARAR said...

more uploads and downloads,more la blutooth...just a megapixels ...not vectors

van der shraaf said...

wow..teori baru..hebat2...

ct.mashitah said...

aku kekaguman... asl pelangi tu mcm aurora sket2??

n gunung daik gunung daik tu? blurr. haha

van der shraaf said...

tu la name dier kekuasaan Allah..mmg hebat belaka...

psl gunung daik tu, ko pkir2 kan la...hehe

PrinCeSS said...

subhanallah cantiknya pelangi tu..
menakjubkan..
nak tengok2 jugakla langit kat cni..
kot2 ade..^^

van der shraaf said...

ntah2 pelangi kt korea lg lawa drpd kt msia...