Wednesday, July 22, 2009

AKU SELANGOR


(Gambar ehsan Berita Harian)

Akhirnya, setelah menunggu hampir 5 tahun, Selangor dapat juga merangkul Liga Super. Walaupun perlawanan berbaki dua, Selangor mampu menjarakkan kedudukan dari Perlis dengan perbezaan mata yang cukup selamat.

Aku sebagai anak jati Selangor amat berbangga dengan perkembangan ini. Kali ini Selangor mendominasi piala utama, dengan Piala FA, Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super setelah Kedah menunjukkan taringnya tahun lepas. Tinggal Piala Malaysia sahaja menjadi buruan.

Untuk pengetahuan kamu-orang semua, aku ini memang anak jati Selangor yang memang melampau kesejatiannya. Boleh dikatakan hidup aku ini tidak pernah keluar Selangor (tapi kalau keluar melancong tu memang ada la). Beberapa fakta yang men-selangor-kan aku:

-Lahir di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. (Selangor)
-Mak lahir di Kg Melayu Subang (Selangor)
-Abah lahir di Sg Buloh (Selangor)
-Rumah terletak di Taman Subang Baru (Selangor)
-Mula-mula sekolah di Sekolah Kebangsaan Subang (Selangor)
-Sekolah menengah di SAM Bestari, Subang Jaya (Selangor) ->kalau tak aku dah pegi melaka (kolej yayasan saad), tapi aku tak jadi pergi.
-ADFP di INTEC, Kampus UiTM Seksyen 17, Shah Alam (Selangor)
-bendera Maryland pun macam mengingatkan aku dengan Selangor.(lihat bawah)


Dah tak teringat lagi benda-benda lain yang men-selangor-kan aku. Apa-apa hal pun, tahniah buat Selangor kerana menjadi juara Liga Super dan hopefully jadi juara Piala Malaysia pula. Tahniah juga kepada aku sebab ternyata aku anak Selangor yang sejati!

7 comments:

aisya said...

hehe. lahir kt klang jgak?
aisya pn kt klang lahir~
tpi hspital aisya..
klang medical center kot. :D

van der shraaf said...

mesti hospital swasta ek..aku hospital kerajaan je..mane la kaye..

Syazwi said...

aku xtau la bendara maryland camni. pergh. gler coincident. menarik seyh. aku rasa ko telah ditakdirkan utk menjadi anak jati selangor. coolio! ^_^. jgn nakal-nakal dkt maryland. jumpe dkt predeparture. tc bro

van der shraaf said...

aku mane la bdk nakal..aku geek kot..haha

Fyzal said...

aku orang Perak..

pemakai sneakers said...

ey,jap.knp maryland ada bendera?bkn law kat us ke any states xle ada bendera sniri?

van der shraaf said...

>fyzal
perak? mcm x best je

>yatie
aku x tau pon psl law tu..x silap aku setiap state ade bendera dier sendri...