Monday, July 20, 2009

BABI VS SI-PEREMPUAN


Jumaat hingga Ahad lepas, aku telah menyertai Summer Training Camp anjuran MISG (pertubuhan utk pelajar Muslim Malaysia di US) di Batang Kali. Boleh kata kem itu memberi kesedaran kepada aku. Cuma aku berubah kepada baik atau tidak, itu hanya Allah yang berkuasa (walaupun aku juga memainkan peranan).

Ada satu point yang agak bagus yang aku dapat daripada kem tu. Dr Adnan dalam ceramahnya, memberi satu analogi yang berkaitan dengan pemikiran orang melayu. Dia tanya, yang mana lebih baik : dia peluk seekor babi, dan frame gambar tu kepada public ATAU dia peluk Si-Perempuan, dan frame gambar tu kepada public? Apa jawapan kamu-orang?

Kalau yang berfikiran ke-melayu-an, sudah tentu dia kata babi itu lebih teruk. Akan tetapi Dr Adnan berhujah, pegang babi itu tidak berdosa pun, cuma kita kene samak diri kita kalau bersentuh. Yang haramnya terletak pada dagingnya, yakni haram memakannya. Manakala Si-Perempuan pula, bukan muhrim yang HARAM disentuh. Kalau dah haram itu, konpem la berdosa.

Cuma disebabkan kejahilan manusia, sesuatu yang berdosa itu dianggap biasa pula. Analogi ini telah memberikan aku pemikiran orang Melayu Islam yang berasaskan sentimen ke-melayu-an sahaja. Kalau kita lihat laki peluk Si-Perempuan, rasanya boleh dianggap sebagai kebiasaan, lantas bagi mereka ia tidak mengapa.

P/S : Tepuk dada, tanya hati.

10 comments:

Zafree said...

insyaAllah sumer orang yg pergi akan berubah jadi lagi baik..

takde citer pown betapa famousnyer ko kat saner??

hehehehehehe

van der shraaf said...

ape yg femesnye..kene kutok gile2 ade la..adoi..

-man ana- said...

sungai sana nak sangat spec aku..aku let go je lah..hehe..

aisya said...

aisya pn da dnga cite ashraf fames. :P

van der shraaf said...

>amir afwan
x per..ade hikmah disebalik kejadian tu..mane tau, ko dpt spec mcm cyclope ke...

>aisya
sape la yg mengumpat kt aisya ni...

aeisyulillah said...

huu, ble ag yer ad benda2 camnih..

Kami kat inti tak tau pon?

bgtaw r..

bapak r intec, simpan benda bek sensorang...hehe...

senior kitorg, abes bulan 4 taun depan..

van der shraaf said...

ade lg, jgn risau..ade wonderful oversea weekend anjuran iluvislam.com..kalo x silap tarikh dier 30 julai ni..cube usha kt website iluvislam.com...

Anonymous said...

ak pelik ngn tajuk coretan ni. ????? pe mksudne ???

van der shraaf said...

huhu..dier lebey kurg bermaksud "pegang babi ngan pegang perempuan bkn muhrim, mana lg bgos"..

ABDULLAH said...

hmmm...dak2 taylor's college pon ade..