Sunday, July 5, 2009

EGO SEORANG LELAKI

Test drive


Hari ini ego aku sebagai seorang lelaki akhirnya terbukti. Ini cerita dia:

Petang tadi aku mahu pergi ke Plaza Low Yat untuk membeli kamera. Pada mulanya mahu pergi dengan orang lain, tapi malangnya semua orang sibuk walaupun hari ini hari Ahad. Tak mengapa. Aku pun suka juga berjalan berkeseorangan, mungkin kerana aku tidak mempunyai awek dan juga aku tak suka menyusahkan orang lain (yelah, nanti aku survey banyak kedai, orang yang ikut aku pun kenalah ikut serta. Buat lenguh kaki mereka saja). Aku juga suka dengar MP3 semasa berjalan-jalan, malah bagi aku ia merupakan salah satu benda yang paling aku suka buat.

Oleh sebab aku sudah merisik model kamera yang aku betul-betul mahukan, aku hanya survey 3 buah kedai. Kedai terakhir yang aku survey, harganya taklah murah sangat, tapi oleh sebab aku ni jenis tak suka berlengah-lengah, aku pun tekad sahajalah.

Pada mulanya segalanya berjalan lancar. Tiba-tiba bila tiba masa aku nak muktamadkan pembelian aku tu, penjual seorang itu menunjukkan aku sebuah lagi model kamera. Katanya amat bagus. Aku tak berapa ingat model sebenar kamera itu, yang pasti kamera itu Casio Exilim. Yang aku mahu beli itu, Panasonic Lumix.

Mula-mula dia explainlah satu-persatu feature yang best dalam kamera tu. Tak per. Aku dengar sahajalah. Pada hemat aku, dia hanyalah nak cadangkan sahaja. Yang penting, aku nak juga Panasonic Lumix. Tapi lama-kelamaan, aku dapat rasakan yang penjual ni memang nak aku beli Casio Exilim tu juga. Aku tak pula kata kamera tu tak bagus, cuma aku dah memang nak Lumix tu.

Peringatan : Kalau aku mahu sesuatu itu dengan bersungguh-sungguh, jangan haraplah kamu-orang dapat pujuk aku ke arah pilihan yang lain. Maaf, aku takkan layan. That's my ego.

Cuma ego aku tu bergoncang sedikit bila dia tunjuk harga sebenar kamera tu. RM 1299 kalau tak silap. Lepas itu dia kurangkan menjadi RM 700. Bergegar jugalah ego aku, tapi sementara sahaja. Aku guna teknik kedua, yakni "Teori Penggabungan Ego dengan Kognitif". Untuk menguatkan ego aku, aku fikir begini : kalau harga dia turun mendadak, sudah pasti ia petanda bahawa produk itu tak dapat sambutan yang hebat, ataupun lebih teruk lagi, kualiti produk itu sendiri teruk. Bahkan boleh jadi harga RM 1299 itu hanyalah harga semasa ianya baru dipasaran, dan lama-kelamaan harganya menjadi RM 700.

Peringatan II : Kalau aku dah buat keputusan berdasarkan instinct aku, dan aku fikir keputusan aku tu munasabah, aku takkan menyesal walaupun aku akan menyesal juga selepas itu, sebab kebiasaannya apa-apa pilihan selain itu, hanya akan menyebabkan penyesalan yang segera. Sekurang-kurangnya, jika keputusan aku salah, aku hanya menyesal untuk natijahnya, bukan usaha aku dalam membuat keputusan.

Akhirnya aku berkata "Tak apalah...saya mahu juga Lumix itu". Aku pulang dengan suatu kepuasan, sebab aku dapat mempertahankan pendirian aku dengan jayanya. Senyum puas, hehe...

P/S: Gunakan ego hanya bila diperlukan.

4 comments:

Zafree said...

pergh kamera baru!

post aa gambar kamera tu :D

van der shraaf said...

kamera murah...aku x test drive sgt kemera tu..nnti bile dah, aku post ar..

ct.mashitah said...

ni best ni ade cameraman kt maryland. hahahhaa xP

Anonymous said...

loaded. loaded. loaded. loaded. loaded. laoded. loaded. loading?