Thursday, July 30, 2009

MONOLOG KEPADA AKU

Kalau anda lihat aku ini sebagai seorang yang jujur, anda silap. Sebenarnya aku banyak menipu kepada diri sendiri. Kadang-kala apa juga salahnya menjadi sedikit sentimental, tetapi jika fikiran logika masuk campur, hidup jadi kurang bermakna. Malah kebelakangan ini latar belakang pemikiran aku, semuanya berkaitan dengan orang lain. Orang lain yang seseorang itu. Dua orang. Tiga orang.

Lebih menyakitkan apabila aku sendiri meminggirkan diri aku, walau ia masih wujud. Macamlah juga orang lain yang menghidupkan aku, dan bukannya aku yang hidup. Bisikan-bisikan bahawa ada seseorang tersinggung dek kelakuan aku sendiri, semacam sudah menjadi jarum-jarum suntikan harian. Walhal orang lain itu tidak pula berasa apa-apa. Aku pula terlebih-lebihan.

Monolog diri itu selalu membawa konflik. Dan sesungguhnya konflik itu tidak baik.


8 comments:

coco said...

wehh..bm ko mesti A1 kn?wa3 =) bahasa bes..
aku xtau la nk komen ape -_-" gembira slalu ye..jz b urself, proud of who u r, tke a good care of urself..
sayangilah diri anda :D

kepalakotak said...

pemende ko merapek ni.
ko tensen nak flight ke ape?

van der shraaf said...

>coco
b.m aku mane hebat..biase2 je kot..wlaupun mmg dpt 1A...

>amin
monolog x semestinya boleh difahami..

Zafree said...

bese la tu..kdg2 kalo kte fikir sorang2, fikiran kte akan melayang jauh..kte wat assumption yang x sepatutnyer...lebey kurang aa

kalau perlu, cerita la kat orang yg ko percayai ;)
ader time maybe diri kte x mampu handle sorang2..

gudluck ngan monolog dalaman ko

hehe

van der shraaf said...

aku try nk bgtau org len, tp aku punye ego pon kuat gk...aku trust skit je org dlm dunia ni..len2 bukannye aku x trust, tp aku berwaspada..

solid90 said...

Haha acap2 ko caye ak x hehehehe

van der shraaf said...

mesti ar..ko best fren aku lor..

aeisyulillah said...

uit, hang dapat u mne?