Friday, July 10, 2009

NAMAKU, NAMAMU JUA

(teknologi lumix + photoshop)


Baru 30 minit yang lepas (sekarang pukul 2 pagi, maknanya dalam pukul 1.30pg lebih kurang) aku telah diberitahu oleh mak aku suatu fakta yang selama ni aku pun tak tahu, yakni dua-pupu (anak kepada sepupu kepada mak aku) aku, nama dia sama dengan aku (Muhammad Ashraf juga) sebab nama itu memang diambil atau dicopy-paste daripada nama aku sendiri. Menurut mak aku lagi, nama aku diambil mungkin sebab mak dia (seorang cikgu di sekolah rendah aku) nampak aku ini sebagai seorang anak yang pintar. (??) Tapi itu dulu-dulu masa sekolah rendah. Sekarang ni kat INTEC macam hampes juga.

Apa-apa hal pun, aku tetap bangga juga sebab rupa-rupanya ada orang ingin mencontohi aku. Cuma bab-bab pintar-memintar ni, aku bukanlah sehebat sangat, malahan aku ni tak dapat pun masuk Ivy League University pun (tak macam seorang laki bernama Niro Haryamen, dia dapat University of Michigan). Aku juga harap semua orang jangan memberikan harapan yang tinggi terhadap aku, takut-takut aku tak dapat tunaikan harapan tu. Malah aku tak kisah kalau orang lain pandang rendah kat aku.

6 comments:

ct.mashitah said...

ko patut bangga, sbb ada org lain look up kt ko. :)

**jgn jadikkn sbg stress, tp jadikkn as motivasi utk bjaye. kn3? ngee ^^

Anonymous said...

G-E-N-I-U-S.

aeisyulillah said...

eleh, ada ape ngna ivy league? bek msuk ivy league standard maa... gempak gak tp tak l kerepot cam ivy league 2...

haha.. michigan? dgr cter JPA tak bg pg sane coz da jd cam kg Malaysia..

so, lost of purpose of sending out studnts..

HARYA said...

lol.. kutok la aku acap.. ko lagi genius dri aku laa..

to my fren aeisyulillah..
it's not about purpose but it's about the quality of the university has..

Anonymous said...

acap ishak,
sukati ko la

Juan said...

haha. JINIYUSS!!! your ingeniusity has been approved by others. just be a genius, and you will be a genius. go for it bro.