Saturday, August 8, 2009

HARAPAN BANGSA

Terima kasih kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang hadir pada malam itu.


Semalam aku balik dari rumah Zafree dengan menaiki kereta Saga yang usang itu. Aku letakkan kereta di luar rumah aku sebab khemah kenduri masih lagi ada. Keluar saja dari kereta, aku ditegur oleh seorang bibik yang duduk bertentangan dengan rumah aku. Aku tak kenal sangat bibik ni. Pernah tengok saja sebelum ni.

Dia berkata, "Nanti kalau dah jadi orang besar-besar, jangan lupa bibik di sini ye nak". (Dengan accent indon sikit). Dia bertanya pula, "Belajar di mana?".

"Di US".
"Maaflah. Bibik sebenarnya nak pergi kenduri anak malam tadi (jumaat malam), tapi tengok ramai la orang-orang Melayu"
"Ala, boleh saja pergi. Semua orang boleh pergi kenduri tu. Tak yah malu-malu pun".
"Jangan lupa ye bibik kat sini nanti".
Aku fikir juga macam mana aku nak ingat seseorang kalau aku sendiri tak berapa kenal. Aku pun mengiyakan sahaja. Lepas itu aku beredar masuk ke rumah aku.

Sebenarnya perbualan ni banyak mencetuskan pemikiran di minda aku. Perkara paling penting ialah harapan semua sekarang ini terletak pada budak-budak yang pergi ke luar negara. Tidaklah mahu mengatakan bahawa pelajar-pelajar dalam negara tiada harapan, cuma tanggungjawab bagi pelajar oversea lebih berat sebab ditaja dengan jumlah yang banyak. Dalam perbualan ini, sedangkan seseorang yang tidak kita kenali pun mahu kita berjaya, apatah lagi orang-orang yang rapat dengan kita seperti ibu, bapa, dan rakan-rakan. Betul tak?



10 comments:

aeisyulillah said...

huhu... btol2..

jge diri bek2 kat us tuh yer..

jge iman n akhlak..

hah, nak kawen tggu ak dtg sane dulu..

bley g kenduri ko..

huu

van der shraaf said...

aku mane ade plan kawen kt sane..tp kalo dh jodoh, x leh nk wat ape2 ar..ahaks

-man ana- said...

kalau nak kawen inform la kami2 yg blum fly ni yee...huhu..sape je dk sambest yg datang,acap?

van der shraaf said...

bdk sambest skit je yg dtg..afiq faiz, akif,jeff..tu je kot..

Naqib said...

oooppss!
kawen kt maryland
:P

aminh said...

bye2

van der shraaf said...

>naqib
sape kawen kt maryland? ko?

>kepala kotak
tata

THALHAH said...

gudlak acap

Anonymous said...

haha=]
nyway gud luck my fren!

ikhlas said...

yeah. my friends and i used to complain that so much money is being spent on sponsorship kids and we're not really seeing results.

i'm sure u'll break that mold and be great. :D but then again, like the makcik said, jangan la lupa kita ye? ;)