Wednesday, August 19, 2009

JEJAK KAKI PERTAMA DI PERANTAUAN

(Memohon maaf kerana gambar-gambar tidak dapat dimuat-naik di blog ini atas masalah teknikal. Gambar-gambar boleh ditatapi di http://www.flickr.com/photos/41606216@N03/)

Agaknya ramai juga yang mahu cerita-cerita kami yang telah sampai di United States ini. Maaf kerana lambat berkongsi. Bukanlah ketiadaan masa itu menjadi faktor terbesar, akan tetapi sistem kesihatan yang tidak berapa bagus serta ketiadaan komputer riba menjadikan tugas ini menjadi sukar. Namun setelah memikirkan bahawa sesungguhnya ceritera ini amat berguna terutamanya bagi mereka yang tidak sabar-sabar mahu terbang, maka ceritera ini harus dikongsi jua. (Harus jua ceritera ini ringkas sekali kerana pembaca tentu bosan membaca timbunan perkataan yang bersepah dan panjang menjela)



BAB 1 - Di lapangan terbang.



Hari itu aku sememangnya berkemas. Namun aku hanya bersedia pada fizikal. Secara mentalnya, aku masih tidak sedar bahawa aku akan meninggalkan tanah air aku, keluarga aku, dan memikul tanggungjawab yang cukup besar. Aku bernasib baik kerana walaupun ramai juga keluarga aku yang mengiring di airport, akan tetapi aku masih dapat menahan ego aku sebagai lelaki dengan tidak menangis. Kali ini, aku mungkin tak menangis pada zahirnya, namun batinnya Tuhan sahaja yang tahu.


BAB 2 - Di dalam kapal terbang.

Masih lagi tidak sedar bahawa diri ini mahu ke negara orang. Minda aku semacam keliru. Nasib baik makanan dan video yang disediakan dalam kapal terbang MAS amat bagus. Sekurang-kurangnya mengurangkan rasa rimas yang timbul disebabkan kesempitan ruang yang melanda. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur.

Kami berhenti di Stockholm 11 jam selepas berlepas. Nasib kurang baik apabila kami hanya melepak di dalam lapangan terbang sahaja. Tidak dapat merasa angin skandinavia yang bolehlah dikatakan nyaman itu.


BAB 3 - Jejak kaki pertama di atas bumi United States.

Yup. Bermulalah bahagian baru dalam hidup aku. Jika sebelum ini banyak benda yang dibantu oeh keluarga, sekarang ini barulah terasa macam orang dewasa yang sudah boleh kahwin : segala benda diurus sendiri.

Pada mulanya kami sampai di Newark Airport. Aku amat bertuah kerana walaupun nama aku ada Muhammad, tetapi aku tak ditahan. (Menurut Pn Norhuda, pegawai yang menyambut kami, biasanya mereka yang ada nama Muhammad akan ditahan sekurang-kurangnya sejam sebelum boleh melepasi imigresen). Di sini aku berterima kasih kepada pegawai-pegawai yang menyambut kami dan menolong kami menyelesaikan prosedur-prosedur yang diperlukan.

Selepas itu kami menaiki kapal terbang sekali lagi dari Newark ke Washington DC. Sampai sahaja di sini, kami disambut sekali lagi oleh pegawai MARA yang lain dan dibawa ke pejabat MARA. Di sini kami menginap sementara sebelum kami berpindah ke kampus kami.

BAB 4- Jejak Pertama di University of Maryland.

Benda pertama yang aku kagum di sini adalah pengangkutan awamnya yang amat efisien. Tidak seperti KTM yang berada di Malaysia, menunggu tren di Metro DC (adik-beradik KTM, cuma laju sedikit) hanya memakan masa 2-5 minit sahaja. Bahkan perjalanan dari Washington DC ke College Park station yang boleh dikatakan agak jauh pun mengambil masa yang singkat.

Setelah sampai, kami pergi menyelesaikan beberapa urusan sebelum membeli-belah sebentar di Rugged Warehouse. Setelah penat berjalan, kami pun pulang ke tempat penginapan sementara kami. Waktu itu juga selesema aku semakin teruk, namun lama-kelamaan beransur pulih.

Itu sahaja buat masa ini. Mungkin setelah ada laptop sendiri dan kesihatan makin baik, lebih banyak post yang akan diterbitkan selepas ini. Aku kata "mungkin".

19 comments:

kepalakotak said...

mcm orang kawin.
wah.

yay, acap dh dewasa.

aa, ko nangis, jangan dinafikan.

kepalakotak said...

ak dh tgk gamba. bnyk gler.
ape kate ko wat video je.

van der shraaf said...

huhu...aku x nanges dowh..kalo ko pegi KLIA mase tu pon wat rugi je...haha

gambar2 tu bg aku mcm skit je.x der la byk sgt..skrg ni aku x der laptop sendri, so lps ni kot aku nk wat video...itupon kalo rajin

Wo0dBuRy CraZEe said...

acap...
gud luck tau...
jgn lupe woodbury...
haha...

van der shraaf said...

huhu..woodbury kt new york..susah nk pegi..tp ade org ckp kt maryland pon ade tmpt shopping yg murah..

Syazwi said...

wah! kawanku dah selamat sampai. alhamdulillah ^_^

"...sekarang ini barulah terasa macam orang dewasa yang sudah boleh kahwin..."

what's up with this line? hehehehe XD XD

neway, jaga diri elok2 kat sne. jaga baek2 kawan aku dua org tu. haha. selamat blaja

-man ana- said...

aku suka bab 3..da ley kawen..hu~..jmput aku nnt klu kawen..taw..

van der shraaf said...

>syazwi
alhamdulillah aku dh smpai sini...aku mksudkn ngan line tu adalah aku ni kire dh cukup dewasa ar...

>afwan
lol..bajet mcm aku nk kawen dlm mase terdekat plak...calon pon x der

Yatie Sulaiman said...

acap!!so glad ko da smp dgn slmatnya..huhu.best of luck.get well soon.jgn gatal2.sorry dpt anta aritu..^^ tc

solid90 said...

acap...smpai gak ko kat amerika kan...haha all da best aa..kem salam kat obama...haha...arap ko enjoy idup kat sane

a d a m™ said...

dia tak tahan ko kat airport sbb dia hormat warga emas...wakakak...jokin...

wei...syukur ko da sampai ngan selamat...study lek lok...

oh yek? lappy apa ko beli kat sana ngan berapa harganyer?

HARYA said...

salam.. wah, orang us!!! haha.. sory laa xdpt antr ko ari 2.. rmh jauh laa.. lagipown rugi jerk sbb ko xnanges.. haha.. mesti cambest kan kat sana? aku pown dah xten2 hala perasaan nak pegi neyh.. huhu.. goodluck study kat sana.. jaga kwn aku lagi 2 org 2 baik2.. hoho..

Syazwi Mazli said...

thank for uploading that flickr photos. sangat menambahkan semangat aku utk terbang. huhu ^_^

Fyzal said...

semoga bro selamat dan sejahtera di tempat orang.. jaga diri.. bimbang dihanyut oleh keindahan dunia di sana. nauzubillah.

aeisyulillah said...

wa,besnyer..

sekarang aku plak t'kena tempias ke-excited-an nya..

huu.. doakan ak selamat juga menurut jejak langkah ko yer...

aeisyulillah said...

cap, mane satu bini ko mase kat dlm flickr tuh?

Fyzal said...

good luck!

Tia daNna said...

haha.acap da besa.dulu kck lg time 6 C.haha.jage diri bek2.best of luck di maryland :)

fieqa said...

salam ziarah..lme x melawat.dah fly ek?

all the best there!


take care of ur iman n amal.insyaAllah...