Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADAN DARI PERANTAUAN

Kan dah kata, budak-budak Wisconsin memang genius. (terutama RAJA)


Salam Ramadan buat semua daripadaku yang berada di perantauan ini. Sememangnya bulan Ramadan inilah yang membuatkan aku teringat-ingat dengan keluarga di Malaysia. Betapa seronoknya berbuka puasa bersama keluarga (walaupun selepas itu beralih makan di depan televisyen pula, dimana ianya agak jauh daripada meja makan).

Pengalaman hari pertama berbuka puasa di perantauan nampaknya tidak berubah sama sekali. Walaupun secara tradisinya memang menyeksakan, pada kali ini nampaknya darjah ke-seksaan semacam lebih lagi. Cuba lihat gambar dibawah:
Walaupun gambaran ini sudah cukup mengerikan, ada lagi gambar yang lebih sadis:
Inilah bukti penyeksaan yang dialami. Pada hari itu (hari pertama puasa), sebanyak itulah buku-buku yang berjaya ditelaah-secara-cetek. Bahkan handset itu dipasang ke sambungan elektrik sepanjang masa agar dapat menyalurkan lagu-lagu yang merdu secara berterusan. Duit-duit syiling itu pula menjadi mangsa suatu hobi baru iaitu hobi menyusun syiling. Semua ini gara-gara ketiadaan laptop sepanjang hari itu.

Pengajaran : Jikalau anda sedang berpuasa dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti untuk dibuat, janganlah lakukan perkara yang sia-sia. Lakukanlah amal jariah atau apa-apa yang baik, walaupun anda ketiadaan laptop.

10 comments:

ct.mashitah said...

haha... dan jugak buat post baru..

Tia daNna said...

salam ramadhan dr kg subang :)

Anonymous said...

uhukz2 *terbatuk* huh? ad org kutuk ni?

aminh said...

asal xde laptop lak?

aeisyulillah said...

a'ah.. npe takde laptop..

tu lah korg dak2 komputer mane leyh percaya..

terutama nama ko ada muhammad.. mesti de takut ko hack govt..

p/s: america's history wjib amek ke?

fieqa said...

salam ziarah!..
salam ramdhan dr mesia...
salam ramadhan almubarak..

p/s- cam sadis je tgk gmbr2 tue..


all d best k!

=)

HARYA said...

sejak bler ko minat gerrard? wow!! wah!! ko dah stat blaja ka? aku orientation pown lom stat lagik..

Fyzal said...

tiada laptop sementara = penyeksaan dan kesengsaraan sementara..

selamat berpuasa di sana saudara.

'aifa said...

haha.
btul3..lakukanlah amail jahiriah.
k'mana laptop tu?

'aifa said...

*amal