Wednesday, September 2, 2009

AKU KEMISKINAN DI UNITED STATES

Aku di hadapan White House


Secara jujurnya, pengalaman Ramadan di United States lebih menginsafkan berbanding dengan berada di Malaysia. Hal ini kerana:

1. Oleh sebab mahu berjimat, kebiasaannya aku di sini akan berbuka dengan makanan yang dibuat sendiri (beli roti, tuna etc, lepas tu buat sandwich sahaja). Itu sahaja yang aku makan untuk berbuka. Di Malaysia, tiba masa nak berbuka sahaja, mulalah duit dihabiskan dengan juadah berbuka yang pelbagai. Bayangkan di United States, waktu berbuka pun makan ala kadar sahaja. Pendek kata, tak seronok langsung.

Lalu aku membayangkan bagaimana orang-orang fakir miskin berbuka. Kalau mereka dapat berbuka pun, tentunya mereka tidaklah seseronok orang lain kerana juadahnya pun tak seberapa. Apabila aku merasai sendiri pengalaman tersebut, keinsafan itu mula timbul walaupun sedikit.

2. Aku amat menyukai sikap orang Amerika terhadap agama lain. Tentunya bukan semua, akan tetapi kebanyakan mereka menghormati amalan agama lain. Hal ini amatlah berlainan dengan persepsi pertama sebelum aku tiba di sini. Aku membayangkan Islamophobia yang mungkin akan menyerang, ataupun pandangan serong terhadap Muslim. Adapun hakikatnya kedua-duanya terbukti salah.

Kawan bilik aku ialah orang Amerika, dan dia berterus-terang kepada aku bahawa dia tidak kisah dengan apa sahaja yang aku buat untuk Islam. (terutamanya dalam ibadat). Contohnya, bilamana aku mahu solat, dia akan menghentikan terus muzik atau filem yang dia sedang dengar atau tonton. Pada aku, ia sudah cukup mengharukan bagi aku.

Aku cuma berharap agar aku menjadi Muslim yang baik (adapun mungkin bukan lebih baik) di United States.

10 comments:

aisya said...

tapi taknak ikut g terawih. :p eee. haha.~ xD
maen2 je. :p

sneakers said...

yatie sulaiman likes acap's rum8 ^^

aeisyulillah said...

huuhuuu, letak r gmbo room8 ko..

bpk r american...
cuak gak ak..

aminh said...

mcm sedey je citer ko.

TT__TT

van der shraaf said...

>aisya
bkn x nak pegi la. kene siapkan keje. hari ni nk pegi

>yatie
sudah...

>aiesy
ko x yah cuak ngan american. diorg ok jgk ar. friendly

>kepala_kotak
mmg sedey pon..isk isk

ikhlas said...

my sis pernah cakap that going overseas makes u wanna be a better muslim - ur a minority so u don't take ur religion for granted.

my prayers r with u and i hope u'll find enjoyment there as well as new lessons to be learnt :)

faux fay said...

salam acap..

minsapkn ak.. :))
thanx...
slamat bpuasa~

van der shraaf said...

>miss ikhlas
really agree with u. btw, thanks for your pray. miss u so much.

>fatin
huhu. agak menginsafkan la. harap2 boleh jadi teladan. selamat berpuasa kt ko jgk

LiLacFlA said...

bertuahnya kalau dah dapat ke tempat orang macam awak ni.

mudah sangat nak berdakwah. tunjukkan dekat rumate awak contoh muslim yang baik, jaga diri jaga agama.

jaga Allah. wherever you are.

tsk sentimental pulak sebab kandas kat tanah air camni.

haha nway nice blog!

THALHAH said...

perenggan 2nd last tuh; aku rasa kat mesia pon jarang2 orang kita wat camtuh..