Friday, September 18, 2009

SALAM PERANTAU

Memandang sepi ke langit


Sebenarnya aku terigin juga menghantar salam perantau di surat khabar, cuma ada beberapa masalah logistik menimpa. Jadi, kami menangguhkan hajat kami untuk "mencari publisiti" pada raya depan.

Apa-apa hal pun, raya di seberang laut sudah tentu berlainan dengan tempat lahir sendiri. Selain daripada ketiadaan bunyi mercun, suasana tidak terasa langsung, as if hari ahad ini seperti hari ahad yang lain. Nasib baik ada aplikasi Internet yang berguna seperti Facebook. Bolehlah juga mengirim kad dan ketupat walaupun tipu-tipu (virtual) sahaja.

Oleh sebab status Facebook hanya terhad kepada 400++ characters sahaja, maka dikesempatan ini aku mahu mengucapkan selamat hari raya kepada seberapa ramai yang termampu. Salam Aidilfitri kepada:
-Keluarga terchenta yakni abah, mak, kak ekin dan hisyam
-Sanak-saudara sama ada dekat atau jauh, sepupu atau sepuluh pupu, mak cik atau atuk cik
-Kawan-kawan yang berasal dari Subang (bukan Subang Jaya) terutamanya budak-budak kelas 6C yang nerd abes compared to budak-budak 6D (kelas sebelah) yang sehabis nakal.
-Kawan-kawan dari Sekolah Agama Menengah Bestari (aka Sambest) sama ada dari kelas 1 al-Kindi, 2 al-Biruni, 3 al-Biruni, 4 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Khaldun dan budak kelas-kelas lain, sama ada sudah terbang (Mesir, Jordan, UK, US, Korea) atau tak terbang (USM, UKM,UiTM,......etc).
-Chegu-chegi dan ustaz-ustazah di Sambest sama ada kenal lagi atau tak kenal akan diri ini
-Kawan-kawan dari INTEC terutama sekali ex-1/407 (adik Botak, Niro, Muyak, Sawi, Eriqo Fantastico), dan juga sesiapa sahaja yang kenal aku, sama ada sudah berterbangan (umich, uw, msu, rit, suny, MIT(?), ....etc) atau belum diterbangkan.
-Lecturer-lecturer dari INTEC sama ada yang pernah mengajar diri ini atau tak pernah; serta tak dilupakan kepada kakitangan OSSP yang selalu diziarahi kerana nak tumpang air-cond.
-Kepada umat Islam di Maryland terutamanya warga MSA (Muslim Students Association) serta warga Malaysia di sini.
-Kepada warga Malaysia yang beragama Islam sama ada kenal atau tak kenal (jangan risau, kita semua bersaudara.
-Kepada warga Asia Tenggara (Indonesia, Singapura..etc) sama ada pernah kenal (ade ke) atau memang takkan kenal.
-Kepada warga Asia (terutamanya di Palestin; doa utk mu ada dimana-mana) sama ada Timur Tengah, Barat Tepi, Belakang Atas..etc.
-Kepada umat Islam seluruh dunia. (..dah penat menaip).

Itu sahaja daripada ku. Kalau menjamah sate (sate sahaja), ingat-ingatlah aku ek. Di sini memang ketiadaan sate. (Owh, lupa the most important part). Di sini aku juga mahu memohon maaf kepada semua yang diatas ini atas kesilapan dan kesalahan yang aku timpakan sama ada sengaja atau tak sengaja. Maaf zahir batin. Dari saya, Muhammad Ashraf Ishak, dari University of Maryland, College Park.

6 comments:

fzh90 said...

maaf zahir batin

van der shraaf said...

selamat hari raya

-man ana- said...

bapak perasan kelas khaldun..haha..xpe2..aku x nk ah ngaku ex-classmate...anyway..eid mubarak!.moga bhgia2 slalu di perantauan..moga islam dapat tersebar disebabkan kita..amiinnnn... :)

kepalakotak said...

huhuhuhu
salam perantau.

smart r cap.

aeisyulillah said...

huhu... syahdu jer ak bce..

tp aphal ko tak wish junior2 ko...

kdekut.

HARYA said...

kawan2 ko ada ka yang pergi mit????????