Wednesday, October 14, 2009

AKU TIDAK MENGERTI

Kata orang, 'Bahasa itu jiwa bangsa'. (Gambar hanyalah ilustrasi semata-mata)


(Cerita ini sebenarnya kisah benar cuma latar masanya tidak begitu terkini. )

Aku mengambil pelajaran Geografi (Introduction to Geography : GEOG 100). Pada suatu hari, aku ke kelas Geografi seperti biasa. Waktu itu, peperiksaan semakin hampir, dan aku amat ingin-tahu tentang format peperiksaan itu nanti. Maka, sebagai pelajar yang berhemah, aku pun bertanya :

"What's the format of the exam? Is it objective, or subjective?"
(bunyi cengkerik dimainkan sebentar walaupun dalam situasi sebenar ianya tiada)
"I'm sorry?", kata TA aku.
"Hurmm, i just wanna know the format of exam", balas aku kembali.
"Owh, you mean is it multiple choice? Yeah, it is."

Aku kemaluan besar waktu itu.

Hakikatnya, biar betapa petah kamu-orang berkata BI, kadang-kala ianya disebabkan pengaruh Malaysian-English yang amat kuat. Penambahan "lah" diakhir kalimat bahasa Inggeris memang sudah menjadi identiti rakyat kita (contoh : "I'm doing this lah!").

Namun, penggunaan perkataan atau frasa membawa masalah yang lebih besar daripada itu. Memetik kata-kata ku itu dalam cerita diatas, istilah "objective" atau "subjective" dalam peperiksaan memang tidak difahami. Yang mereka faham adalah "multiple choice" (objective) atau "structure/essay" (subjective). Mereka tidak kenal apakah itu "Handphone" melainkan "Cell Phone" atau "Mobile". Banyak lagi contoh-contoh lain yang aku boleh berikan (bahkan aku mengalami kemaluan yang sama setiap kali) cuma aku terlupa pula.

P/S: Mendapat A1 dalam matapelajaran BI semasa SPM tidak menjamin bahasa Inggeris anda boleh difahami.

7 comments:

fzh90 said...

aku dapat A2 je...

x said...

lek r muyak, A2 pun da fly...

van der shraaf said...

bahkan masok univ of wisconsin lg tu. lg hebat drpd univ of maryland

ryhaann said...

aku dpt B3 je O-level

kepalakotak said...

ya

van der shraaf said...

raihan:
bapak tipu ko. sudah lah sekolah convent. ko ckp english pon berhabuk je

kepalakotak:
zb (huruf selepas 'y' dan 'a')

cha'a said...

acap.. english kte british..dyorng kn american...mmgla laen..^^
its good that u learn the differences.. though just as simple as handphone/mobile/ cell phone..^^