Friday, October 2, 2009

BAGAIMANA MAHU JADI PANDAI?

Lukisan ala kepalakotak.


Aku tak tahu sama ada idea ini sudah pun dicanangkan orang lain ke atau tidak. Cuma teringat pasal benda ini bila terlihat ada pelajar American memakai earphone ketika belajar (pakai untuk telinga sebelah saje). Aku amat merasakan yang dia sebenarnya mengaplikasikan pepatah Melayu "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" (Aku tak pasti alur mana yang dia sumbatkan earphone itu; tapi tak kisahlah sebab pepatah itu tak menyebut domainnya).

Apabila telinga sebelah disumbatkan earphone, dan sebelah lagi dibiarkan terbuka, maka pengajaran akan masuk ke telinga yang terbuka. Bila mana pengajaran mahu keluar ke telinga sebelah lagi, ianya sudah ditutup oleh earphone. Ianya kemudian tiada jalan lain lagi selain daripada ke otak (kamu orang mesti merasakan ianya akan keluar balik ke tempat ia masuk; ia takkan terjadi sebab pengajaran masuk dengan kelajuan cahaya). Lalu apabila pengajaran masuk secara berterusan, maka pandailah orang itu.

P/S : Pakailah earphone ketika pensyarah mengajar.

8 comments:

kepalakotak said...

berdasarkan hipotesis,

maka orang bertelinga satu atau pekak sebelah lebih cepat menangkap daripada orang normal.

Naqib said...

ape yg ko merepek ni acap
haha
bosan sgt la tu

van der shraaf said...

>amin hud
yup. itu pun boleh jadi hujah yang menguatkan hipotesis aku. hebat2

>qiboe
mane ade merepek. aku buat kritikan sosial. salahkah?

ryhaann said...

wow kritikan sosial! such a huge word acap! hahaha

a d a m™ said...

hahhaha...nak try ah nnt masa lecture math...kasi aku terer math sket...

van der shraaf said...

>raihan
yup, nk bg org yg wat tu "makan dalam" skit

>adam
kalo ko x pkai earphone pon dh genius, kalo pakai lg ar maha genius!

syah!rseph!roth said...

patut la aku x pandai2..aku pakai earphone due2 belah telinge...nnt aku nk pakai sebelah je la mase lecture

van der shraaf said...

tau x per. memakai earphone amalan mulia