Saturday, October 31, 2009

SEBENARNYA.....


Jikalau anda semua merasakan University of Maryland itu sebuah universiti yang menakutkan, maka anda mungkin silap. Baru-baru ini (lima jam yang lepas) aku dikhabarkan bahawa seseorang itu berasa takut untuk datang ke University of Maryland kerana telah membaca "blog pelajar lelaki Malaysia di Maryland".(Sila rujuk blog ini : http://aisya.kaklong.net) Tiada sebab untuk aku tidak terasa kerana setahu aku, aku satu-satunya pelajar lelaki Malaysia disini setakat ini. Maka, blog ubat batuk ini dirasakan telah memberi persepsi yang buruk terhadap universitiku ini.

Inginku perjelaskan disini bahawa kehidupan disini amatlah menyeronokkan walaupun ianya tidak seindah utopia yang bermain-main difikiran manusia. Aku menyertai Maryland Soccer Club dan selalu juga bermain bola sepak dengan mat salleh. Malah, jikalau pasukan bola sepak University of Maryland bermain di Ludwig Field, aku tidak keberatan untuk memberi sokongan. Selain itu, jikalau Aisya dan Mashitah berasa teramat mahu untuk pergi sesuatu aktiviti (contohnya tayangan teater yang secara ironinya aku tidak pernah tonton selama berada di Malaysia), maka aku pun menyertai mereka.

Pendek kata, hidup aku dan mereka tidaklah berpusar pada paksi buku sahaja. Belajar itu belajar, tetapi mahu hidup juga. Oleh itu, aku mahu mempersembahkan bukti-bukti yang kami ini berasa seronok disini. (Banyak lagi bukti-bukti ini dipaparkan di Facebook; pandai-pandailah kamu-orang semua stalk kami-orang)


Gambar raya di Embassy Malaysia, Washington DC


Rumah terbuka di Arlington

Siapa entah 2 orang ini.

2 comments:

kepalakotak said...

hmm.
mcm ok je hidup ko kat sane

Eliea said...

hi there!
wahhh adik undergrad maryland eh? bangga seh maryland ada undergrad dr mesia! happy to realize that :-) and yes, study atau hidup di Maryland tidak menakutkan..trust me! korang berapa org ek kat sana? opss by the way, akak nie alumni UMCP tuh yg semangat nie...jumpe ur blog dr facebook kak jeetha :-) enjoy ur life over there!

~kak eliea