Tuesday, February 23, 2010

Bahasa Miskin?






Aku teringat seorang kawan aku sewaktu sekolah menengah berkata:
"Ko tau x, bahasa Melayu tu bahasa paling miskin kat dunia. Yela, kalo ko tgk, byk perkataan yg diamik drpd bahasa lain."

Kawan aku itu berkata demikian ketika perbahasan itu berkisar sekitar kesengalan bangsa kita. Aku pada masa itu tak tahu pula perkataan "asimilasi". Lalu tadi baru aku terfikir (sebenarnya dah lama aku fikir pasal benda ni, tapi malas nak show-off) yang sebenarnya kalau bahasa Melayu itu miskin kerana banyak perkataan asing, apa kes dengan bahasa Inggeris? Walhal bahasa Inggeris itu sendiri berakar umbi daripada bahasa German. Mungkin bangsa kita yang kita sendiri kata miskin ini berubah fikiran, mengatakan bahasa Inggeris lebih kaya. Mungkin kali ini parameter kekayaan bahasa itu pula ialah kekayaan duit.

Adakah kita selalu merendah diri sehingga kita tak punya kekuatan sendiri? Adakah kita hanya melihat tinggi ke arah yang bangsa lain tanpa kita berusaha mahu mencapainya? Apakah kalau orang lain maju, kita hanya bersyukur dengan apa yang ada dan tak berbuat apa-apa? Bak kata orang Melayu yang dah tak Melayu sekarang ni, "Lu pikir la sendiri".

p/s : Kalau nak merendah diri pun agak-agak ar.

4 comments:

aeisyulillah said...

ya.. setuju!

Naqib said...

i looiikee! hahaha

tepianmuara said...

lagi setuju,,,

'nak rendah diri pn agak2 r....'

Fyzal said...

haish.. sengal gak kawan ko tu..

dia kena tau bahasa Melayu bukan antara bahasa terawal di dunia..jadi cara kita "adapt" and "manipulate" bhs laen tak bermaksud kita miskin bahasa.. itu maksudnya kita genius dalam memperkayakan bahasa Melayu kita.