Thursday, February 18, 2010

Bersyukur Tatkala Susah

Pada hari ini, segala-galanya tidak menjadi. Boleh dikatakan hari ini merupakan antara hari paling malang pernah aku alami. Berikut adalah list perkara-perkara yang tak menjadi itu:

  • Aku sepatutnya membeli televisyen terpakai pada hari Sabtu ini, akan tetapi kak Jeeta tak dapat menumpangkan aku ke tempat itu. Aku tidak salahkan kak Jeeta langsung kerana dia memang amat busy (pelajar phD la katakan). Cuma terpaksalah cari cara yang lain.
  • Aku menunggu maklum balas daripada lab yang aku minta kerja, tapi sampai hari ini tak berbalas. Nampaknya memang sah aku tak dapat kerja itu.
  • Aku mendapat markah yang amat rendah dalam homework Linear Algebra untuk sebab yang tidak munasabah. Bak kata TA aku, kalau tak bagi penerangan dalam pengiraan, akan dapat markah kosong even kalau pengiraan tu betul. (Itulah benda yang aku paling bengang sekarang ini)
  • Oleh sebab kesusahan diatas, aku terpaksa membeli buku Linear Algebra. Malangnya, duit aku kekurangan sekarang ini, (sebenarnya ada lagi tapi itu untuk simpanan) dan elaun aku akan dipotong bulan depan. Maka, aku tiada pilihan lain selain daripada membuat-bodoh kepada pelajaran Linear Algebra walaupun aku suka pelajaran itu. Duit lagi penting daripada pelajaran.
  • Akhir sekali, aku terpaksa melupakan hasrat untuk membeli televisyen (kemahuan) dan buku Linear Algebra (keperluan) gara-gara kekurangan dana. Bak kata pepatah, ape nak jadi, jadilah.
Owh, itu baru mukadimah. Setelah melalui pengalaman yang perit itu, aku berjalanlah menuju ke musolla. Tatkala aku berjalan di atas bukit, berdekatan dengan Hornbake Library, angin secara tiba-tiba bertiup kencang. Aku yang sedang murung, mula mengeluh "Aduh, dah la mcm2 jadi. Angin tiup gila-gila plak".

"Ping!" (aku tak berapa pasti bunyi tu mcm mane. lebih kurang la tu)

Aku pandang ke depan. Huh. Rupa-rupanya sebatang tiang lampu tumbang dek angin tu. Ada minah saleh ni betul-betul nyaris terkena tiang itu. Kalau tak, memang terkena ke kepalanya dan Wallahua'lam apa yang boleh berlaku selepas itu. Aku pula, berada beberapa kaki dengan tiang tu. MasyaAllah. Allah selamatkan aku daripada tiang itu!

Aku pun berasa amat syukur kerana walaupun aku mengalami hari yang sukar, sekurang-kurangnya aku tidak terkena tiang itu. Aku rasa, diri aku yang membuatkan hari aku malang. Jangan salahkan elemen-elemen lain.

p/s : Duit lebih penting daripada pelajaran.

5 comments:

FaRHaN SyAHiR said...

apsal elaun kne potong??

van der shraaf said...

sbb kitorg pd mulenye dpt kadar B, tp dier review balik tmpt kitorg, diorg kate patut dpt kadar C. adeh

syahirsephyroth™ said...

oh shit kesian gile wey kene potong...btw, die review balik tmpt ko? tmpt aku ni xak plak MARA tu review balik..adoi masalah btol

p/s: Panasonic Viera 720p 26 inch $299 je acap..bole la bli..murah kot

van der shraaf said...

dier kate x leh nk wat ape2 lg dah sbb jpa yg tentukan kadar dier. tu ar, diorg kate tersilap tgk awal2 tu.

lol. aku carik keje dlu, bru bole bli tv besar2. kalo x, malas la nk buang2 duit mcm tu. haha

fzh90 said...

sampai hati kau kata duit lebih penting.

cikgu aku dulu siap cerita biar la dia x makan, asal dapat beli buku teks nak belajar.

jangan ikut nafsu makan tu...