Saturday, February 27, 2010

Ini Bukan Manusia

Laporan akhbar Berita Harian mengenai kejadian itu.


Apakah cara terbaik untuk memikat teman wanita anda yang menjanda? Adakah dengan melayan emak mentua dengan elok? Atau dengan coklat yang dihadiahkan sempena hari valentine? Menurut sebuah objek (bukan manusia, yang pasti), dia akan membunuh anak teman wanitanya. Sungguh menarik algorithm lelaki itu.

Objek ini, yang kita fahami, tidak patut diletakkan dalam penjara. Ini kerana jikalau ianya dihadapkan ke mahkamah, hakim sendiri akan terpinga-pinga dengan kejadian ini. Seolah-olah ianya merupakan cheritera fantasi, cuma ianya kurang menarik di penamatnya.

Mungkin juga kejadian ini berlaku kerana objek itu amat jeles dengan anak itu. Mana tidaknya, teman wanitanya terlalu melayan anaknya sehingga melupakan teman lelakinya. Tidak mengapa kerana cemburu itu lumrah alam.

p/s : Kalau tak puas hati ngan budak tu, agak-agak ar pun! (Penulis sedang menahan marah)

Al-fatihah buat si mangsa.


2 comments:

Aeisyulillah said...

aku setuju bersangatan dengan kau.. objek tuh takde langsung perikemanusiaan mahupun perikebinatangan..

Naqib said...

objek tros ko pggil die.wahahaha. tp mmg patot pn.