Sunday, February 7, 2010

Mustard Yang Dilaknat

Aku memulakan pagi itu dengan baiknya, dengan harapan hari ini sinar mentari kan menyinar terang di kala salji yang tebal menyelubungi bumi. Lalu, untuk menyerikan hariku, aku berfikir untuk menyantap sedikit sarapan. Aku goreng sosej.

Biasanya aku akan menggunakan "Miracle Whip" sebagai sos sosej aku, untuk dimakan dengan roti. Akan tetapi, aku teringat bahawasanya bekas housemate aku ada meninggalkan harta rampasan kepadaku. Salah satunya ialah sebotol mustard yang masih penuh. Jadi, untuk menjimatkan "Miracle Whip" tu, aku bercadang untuk menggunakan mustard itu. Lagipun, orang-orang Amerika amat gemar menggunakan mustard ke atas hot dog mereka. (literally hot dog, no other meaning I warn you)

Apabila aku memancutkan mustard itu keatas roti, sesuatu yang ajaib berlaku. Mustard itu memancut dengan cairnya. Aku tidak tahu jikalau ada jenis mustard yang cair, akan tetapi jikalau tidak pun, mustahil untuk orang yang waras meletakkan air ke dalam mustardnya (melainkan untuk jimat yang amat sangat.) Setelah mengaplikasikan beberapa proses saintifik, aku membuat hipothesis bahawa sesuatu yang tidak bagus sedang berlaku.

Mustard itu sudah luput. (Rujuk ilustrasi diatas)

p/s : Inilah akibatnya jikalau : 1) Mengambil harta rampasan tanpa melihat tarikh luputnya. 2) Tidak mengaplikasikan proses saintifikl; terus sahaja pergi kepada konklusi dan bertindak.

No comments: