Sunday, February 14, 2010

Penggodam Yang Lopek

sape punye keje la yg hack browser aku ni.

Waktu itu pukul 2.30 pagi. Aku tidak dapat tidur kerana sudah tertidur agak lama dalam bas sebelum itu. Seperti biasa, aku bukalah Facebook aku itu walaupun 5 minit yang lalu aku membukanya. Rupa kebiruan Facebook itu tidak kelihatan, sebaliknya webpage malaun mana entah yang terpampang (sila rujuk lampiran diatas).

Pada waktu itu aku berjaya mengekalkan composure aku. Aku sedikit risau, tapi yang penting aku tidak menjerit tak tentu pasal. Dengan tenangnya (poyo lah pula aku menulis ayat ini), aku melihat source code webpage itu, jikalau ada apa-apa yang info yang boleh diambil. Seperti yang dijangka, tiada apa yang dapat dibuat sebab memang info server tak boleh diambil dari situ. Maka, untuk memastikan hanya Facebook sahaja yang di-hack, aku membuka Facebook menggunakan Incognito Window. Oleh sebab Facebook boleh dibuka tanpa apa-apa masalah menggunakan Incognito, aku menyimpulkan ianya hanya membabitkan Facebook sahaja.

Aku fikir penyelesaiannya mudah sahaja : buang Cookie. Selepas membuang biskut itu, Facebook aku dikembalikan dengan jayanya. Cuma 2 perkara yang aku sesali :
  1. Aku ter-delete semua cookie, meaning aku kena login semua website yang sebelum ini aku login automatically. D'oh!
  2. Aku terlupa nak trace ip address hacker tu. At least, boleh juga aku hentam sikit mamat yang hack Facebook aku tu. Tak mengapa, ada ubi ada batas.
p/s : Jikalau anda rasa diri anda dihack, cuba buang Cookie dengan cara :
  • Google Chrome : Options > Under the Hood > Show cookies and permission > [Pilih mane2 website yang kene hack, atau nak lagi senang delete je sume] > Delete / Delete All
  • Mozilla Firefox : Tools > Options > Privacy > Show Cookies > Delete All
  • Internet Explorer : (Maaflah, aku agak diskriminasi dengan IE. Aku rasa lebih baik guna antara dua browser diatas atau hidup anda menjadi tidak best)

4 comments:

aeisyulillah said...

oh.. bijak nya ko. nme pon sci com kan..

haha.. i am totally agree with ie vs Google n Mozilla.. huhu

van der shraaf said...

ala, benda ni common sense je. x der ar hebat sgt pon settle benda ni.

owh, IE dlu bole ar kate smart, tp skrg ni kalo nk compare pon, aku rase jauh ar beza, even kalo diorg wat version bru. heh

aminh said...

computer nerd.

bahasa pe ko gune atas tu??

biskot la, cekodok??!!

lmao!!!

acap, ak sedang exam!!

van der shraaf said...

nerd herd (tmpt kerja chuck). biskut je yg valid dlm computer term, aku x penah jumpe cekodok kt dlm komputer. hehe