Wednesday, February 3, 2010

Periksa Dahulu Sebelum Membebel

kari ayam amat sedap jika dimasak oleh aku
(gambar ehsan sailusfood.com)

Hari ini secara tiba-tiba aku berasa amat rajin. Jadi, aku berazam untuk masak kari ayam untuk dinner. Setelah beberapa kali ceduk kuah kari itu ketika ia masak, aku rasa kari aku ini, walaupun baru pertama kali (?!) buat, amatlah sedap. Rupa-rupanya aku ada bakat memasak, ala-ala Bobby Flay atau Jamie Oliver atau Ramsey Gordon atau Daniel Boulud atau Chef Wan.

Maka tibalah pula masa aku nak masak nasi. Tatkala aku memasang periuk nasi kepada plug, tiba-tiba periuk nasi itu bagaikan tidak berfungsi. Kenapakah? Aku baru saja menggunakan periuk nasi itu sekali. Dan ianya terus rosak? Bermulalah beberapa siri sumpahan, bebelan, dan makian keluar dari mulut. Aku berasa amat risau kerana jikalau aku mahu memulangkan periuk nasi itu, resit pembelian itu sudah digodok (bahasa jawa yang bermaksud disimpan merata-rata) entah dimana.

Aku pun terpaksalah memasak menggunakan periuk elektrik (bukan periuk nasi) yang aku telah lama gunakan. Arakian, itu pun tidak mahu berfungsi. Setelah difikirkan secara mendalam dan analitik, akhirnya aku membuat hipotesis bahawa yang rosak ialah soket elektrik itu,bukannya periuk nasi. Aku mencucukkan plug ke soket yang lain, dan ternyata teori aku benar. Cis.

Jadi, kesimpulannya, janganlah membuat kesimpulan sebelum melalui proses saintifik kerana ianya membuatkan anda memaki hamun tanpa tujuan.

p/s : Tujuan post ini diterbitkan adalah untuk memberitahu yang aku sudah masak kari ayam buat pertama kali tanpa bantuan mak aku yang terchenta. Sekian, terima kasih.

7 comments:

eshad phantom said...

ele..kari je??
hahaha..
tahniah r wei..
pasni ley r wat masak lemak ke,
tempoyak ke..
hahaha

van der shraaf said...

x per. ni bru start. nnti dh lame2 develop la skit2. nasi lemak tu bole la kot, tp aku x minat tempoyak,so x masak tempoyak kot. huhu

aB!d said...

eshad kata ayam masak lemak r acap oooiii..bukan nasik lemak..hahaha..btw, tahniah r utk masakan kari ayam kau yg pertama..

van der shraaf said...

owh. haha. silap bace la plak. kalo ayam masak lemak tu bole jgk kot, sbb kalo x silap sng je. thanks atas greeting itu. hehehe

hanıff said...

godok=sımpan merata2??

bukan rebus ke...he

نور شفيقه محمود said...

acap..godok tu bukan rebus la..
bak kte hanif tu, godok=rebus..
hehe..wei.. t reunion batch bley masak kari ayam banyak2...haha..
مبروك.....

MindHeartBodySoul said...

Godok = blasah jer... main taram, shuker2 hati buat...

Sayur Godok = sayur main campak2 dalam kuali @ peiuk.

Godok = main suka2 simpan, letak...