Friday, February 5, 2010

Untuk Mu



Salju mengundang ku ke birai tingkap itu,
Terpesona ku melihat kelembutan yang putih
Lalu rindu itu pun membawa diriku jauh
Jikalau dikau bersama, alangkah indahnya
Kerna dahulu kau memimpin ku keluar daripada kegelapan
Maka aku mahu mengajakmu ke alam yang indah
Dan pada waktu itu kita memandang ke ufuk bumi
Matahari itu cerah tetapi semakin lama dimamah malam
masa mendatang, kita tidak tahu lagi,
Kita tak tahu mungkinkah gelap, mungkinkah malap?
Tetapi yang penting, kita bersama.

(College Park, Maryland; 5 Februari 2010)

p/s : Dedikasi untuk seluruh manusia di seantero dunia.


3 comments:

Fyzal said...

nice one bro!

aeisyulillah said...

cap.. ak bace kat DC snow teruk.. the worst in the modern times.. so leklok la kat sne..

van der shraaf said...

[fyzal]
thanks bro! i take it as a compliment. hehe
[aeisy]
aah, mmg pon. ribut salji. univ aku tutup hari jumaat. tp x der ar ganas sgt ke ape. cume salji tebal ar. thanks.