Thursday, March 4, 2010

Selebriti

Aku amat berbangga berada di University of Maryland kerana dua perkara : pasukan basketball kami dapat mengalahkan Duke, dan ada beberapa orang terkenal belajar disini. Setelah mengenali pensyarah yang bernama "Gerard Butler", aku baru perasan yang "Undertaker" juga belajar di sini. Dia berada dalam kelas Linear Algebra. Aku amat mengagumi pakaian hitamnya, terutama topinya yang amat menyeramkan, dan janggutnya yang kemerahan itu. Amat bernasib baik kerana dia tidak membuat mata putihnya didalam kelas. Jikalau tidak, amat sukar bagiku untuk belajar kerana keseraman.

p/s : Maryland amat best, terutama sekali apabila dapat mengalahkan Duke.

2 comments:

Solid90 said...

kalo ade rey mysterio...bilang pada aku k?..hehehe

van der shraaf said...

rey mysterio? x der hal la. kt egypt x der ke? lol