Thursday, August 5, 2010

Baru Ku Tahu

Muka demotivated.


Sebagai pelajar secara biasanya kita jarang disajikan peluang untuk bekerja, jadi kita tidak tahu sangat apa rasanya bekerja. Dulu aku pun tidak tahu juga, akan tetapi aku berasa bertuah juga kerana diberi peluang itu. Pada hemat aku, kerja itu tidak sesukar belajar kerana belajar memerlukan 24 jam, kerja hanya memerlukan about 8-9 jam sehari.

Akan tetapi lama-kelamaan barulah aku rasa sebenarnya bekerja itu memang amat sukar. Walaupun tempat kerja aku amatlah aman sentosa dan tiada boss yang macam haram, kesukaran terasa apabila pulang daripada kerja. Setiap hari, balik kerja pukul 6 ptg, ditambah lagi dengan waktu malam yang singkat (siang di musim panas lebih panjang daripada malam), membuatkan aku berasa amat demotivated. Maka akhirnya aku pun berasa letih setiap kali mahu ke kerja. (nota tangan : Sebenarnya kerja sekarang ini 2 kali ganda elok daripada kerja di cyber cafe di Malaysia dulu; waktu itu kerja dari pukul 10 pg - 10 malam. )

Sebab itulah aku berasa amat kagum dengan abah aku atau sesiapa abah di dunia ini. Walaupun abah aku hanyalah mekanik biasa, dia sanggup menunggang motorsikal dari Subang ke KL, bertolak ke kerja awal-awal pagi (biasanya pukul 6 pagi , waktu mustahil untuk aku ke kerja), dan paling gempak, dia membuat rutin-rutin itu sepanjang lebih kurang 30 tahun.

p/s : Ramadan akan tiba. Yeay!

3 comments:

hisyam said...

Slm bai,

Haha, baru ko tau betapa peritnya ak ulang alik drpd klang ke kl everyday with all the jams. Tambah lg ngan workload n deadlines n studies. Those are the things that can easily make us demotivated. Tp biase r ade up and downs.

What more can I say to u (though its a bit late)? Welcome to the club dude.

WaAllhua'lam.

van der shraaf said...

wsalam,

jgn risau, aku dh penah rase pengalaman yang lagi teruk daripada yg skrg ni. i'm already in the club, if u haven't known yet.

Anonymous said...

yeah..our dad is the best~!! no matter what..