Sunday, August 22, 2010

Freshman > Sophomore

malas nak lukis2


Walaupun aku berasa amat malas untuk memulakan musim persekolahan yang akan datang ini, aku sekurang-kurangnya dilegakan dengan kenyataan yang aku sudah melangkah keluar daripada Freshman (tahun pertama) kepada Sophomore (tahun kedua). Sekurang-kurangnya aku menjadi kurang noob di universiti terchenta ini.

Lantas ia mengingatkan aku dengan pengalaman di sambest suatu masa dahulu. Tatkala aku baharu masuk tingkatan 2, aku amat menantikan minggu orientasi budak2 tingkatan 1. Aku berasa amat ingin tahu bagaimankah rupa budak2 noob itu. Apabila mereka menonjolkan diri, aku berasa amat bangga menjadi pelajar yang senior sedikit daripada budak2 tingkatan 1. Sekurang-kurangnya kami tidak lagi menjadi target pelajar2 senior untuk membuat kerja-kerja custodian.

Apa-apa hal pun, menjadi senior di sambest tidak bermakna kami akan membantai budak2 dengan pukulan yang mantap dan sepakan yang meletus. Akan tetapi ia bermakna kami akan diurut dengan sedapnya oleh pelajar2 junior, sama ada di dalam dorm ataupun di surau.

p/s : It always feels good to be a student other than freshman.

3 comments:

hisyam said...

Err, congrats on becoming a sophomore i guess?

And time sure flies, huh? Dh genap dh setahun ko kat sane. haha.

van der shraaf said...

oho thanks. tu ar, pejam celik pejam celik dh setahun kt sini. mmg x terasa sgt ar

Muhammad Nidzam Yatimi said...

asrop.. ko mksudkan sapa yang noob tu??
takleh terima...haha

darah berderau...kahkah..


mcm mne blaja u.s?ok tak?

btw, salam ramadhan al mubarak...i wish it's not too late to say