Wednesday, February 16, 2011

Mengeluh Sebentar



sape je yang suke lukis macam ni and letak kat blog selain daripada aku?



Sekarang ni aku nak mengeluh jap boleh tak? Terima kasih.

By the way, kepada siapa-siapa yang tak caye aku yang tulis benda2 ni, silalah merujuk kepada ilustrasi diatas.

Aku sudah lama sedar yang aku ini memang seorang yang membosankan. Mungkin ia disebabkan nature aku yang ingin menjadi geek (kononnya). Oh bukan. Sebenarnya aku memang dilahirkan begini. Sejak kecik aku memang tak der ramai kawan. Kalau ade kawan pun, biasanya akulah yang menjadi bahan ketawa a.k.a mangsa buli sebab nature aku yang suka mengalah dan tak nak bergaduh. Nature tu somehow merebak sampai lah ke dewasa. Padan muka aku.

Nature aku ni lebih menyerlah kalau aku nak berkomunikasi dengan perempuan. Aku memang lebih senang kawan dengan laki, lagipun laki bukannya kisah sangat kalau kawan2 laki lain layan gile2 (unless kalau kawan wat hal, memang nak kena ar)

Bercakap pasal perempuan ni, aku ade kisah. Tak lama dahulu, aku ade kenal ngan seorang perempuan ini. Aku memang tak pernah jumpa dier depan mata, cuma dekat alam cyber je la. Honestly, aku suka gila kat dier. (Pengakuan eksklusif) Cuma aku tak pernah bagitau kat dier sebab aku ni pemalu orangnya. Nape aku suke dier? Pendek kata, dier memang perfect la : comel, kuat dalam agama, amat ambil berat etc etc (banyak lagi sebenarnya). Kiranya kalau kriteria-kriteria untuk wanita yang boleh dijadikan calon isteri, kalau guna big-O notation, dier kire 0(1) yakni constant, the best algorithm in programming. Kalau kriteria2 tu macam universiti pulak, dier tu tahap MIT atau Stanford (bagi computer science) and aku ini hanyalah sebuah community college.

Malangnya, secara tetiba dier menyepi diri. Dier tak lagi tegur aku macam biase. Kalau aku tegur dier balik pun dier macam nak tak nak je. Mula-mula tu aku tak dapat terima lah juga sebab benda tu memang berlaku secara tetibe. Tapi lama-kelamaan aku fikir, memang patut pun. Siapa je yang nak kawan / kahwin ngan laki yang boring (a.k.a membosankan). Dalam hal ni, aku memang tak salahkan dier sebab aku memang layak terima situasi macam tu. Mungkin korang akan kate, nape tak try tegur2 lagi? Well, aku ni memang jenis yang tak suka paksa orang lain. Kalau aku tegur tapi dier x nak tegur balik, nape perlu aku pakse2. Lagipun aku tak nak la dier anggap aku ni sebagai "laki yang desperate" atau "laki yang annoying". Kalau orang tu tak nak kawan, memang aku x leh nak wat ape2.

(Weh seriously, jangan anggap cerita ni cerita tragik / menyayat hati. Benda ni aku saje je nak citer sebab nak demonstrate betapa boring nye aku)

Kalau aku nanti jadi geek (aku x der la geek sangat) and berjaya macam Mark Zuckerberg tu pun, tak der perempuan akan impressed. Seriously, perempuan amat memerlukan lelaki yang at least better looking than me dan pandai menjaga hati perempuan. Malangnya laki itu bukan aku.

Tu sahaja bebelan daripada aku. Sori kalau aku membiarkan korang semua membuang masa dengan membaca blog post ini.

p/s: Aku amat emotional sebab aku tengah lapar. So sekarang ni makanan sudah siap, maka semuanya akan menjadi normal selepas ini.

5 comments:

ct.mashitah said...

ko biasanya lg sng bkawan dgn laki sbb bla3??

ni cara lain ko nk ckp aku ni mcm laki ke???? lol. :)))



btw, ko chill2 sudeyhh. nanti100 ko dh jmpe pmpuan yg ssuai, ok la tu. x smestinya yg baik bla3 mcm kriteria ko tu je yg ok. mybe pmpuan yg blh buat ko loosen up skit tu lagi ssuai.

mcm aku, kdg2 aku rase laki yg romantik2 ni best bla3. ssuai dgn jiwa la konon2. tgk2 syahir hntr kt aku sms sehari around 3,4 je. which is aku awl2 pn mngeluh jugak tp lame2 blh trime. *konon2 blaja bsabar. tp aku x ckp syahir tu mesti jodoh aku, sbb kte x tau kn. ok dh kuar topik plak.


pndek kate U R NOT AS BAD AS U THINK U R. pmpuan suke laki yg konfiden. ok dah senyum aku pn nk mkn. :)

van der shraaf said...

aah, agak ar. ko mmg mcm laki pon. dh ar garang, suke buli aku plak tu "==

hehe x per2. aku x der la mcm patah hati sgt ke ape. walaupun mule2 aku pon mcm sedih gile, tp lame2 ok je kot. anggap la benda ni x penah terjadi lol. thanks!

Naqib said...

dudee.... ape cer downgrade urself. wont get any better. just be who u r, and mcm mane pon, msti ada org suke, coz sume org ada jodoh sndiri. haha

Najwa Jani said...

hehe..nh p0mpuan yg mana plak..?=,="
byk sungguh wanita k0 minat bro..;p

Anonymous said...

ehem2..tetibe terbace..xperlu mencrik yg terlalu smpurne snanye..bese2 pon ok =)