Tuesday, August 2, 2011

Orang Eksen Selalu Rugi


Cerita ni sebenarnya dah lame jugak la. Tapi setiap kali aku teringat citer ni, konpem aku akan tergelak.

So mak aku ni ada jaga 6 orang budak. 3 tu dah sekolah, so tinggal 3 lagi yang akan stay kat rumah aku all the time (umur range 2-3 tahun). Dan mak aku ni suka masak sarapan untuk bagi budak2 tu.

Pada hari tu, mak aku masak cekodok. Then ade budak ni, nama dier Aina (tapi kitorang panggil dier "gemok" je; agak kejam tapi dier memang dah biasa). Dia dah sekolah, tapi hari tu dier cuti sekolah. Dier pun tanya lah kat mak aku, "Mak, sarapan ape hari ni?"

"Cekodok", balas mak aku.

"Cekodok? Apa barang cekodok.....", sambil menunjukkan dari dalam begnya sebungkus pizza ala-ala yg Giant punye, bukan Pizza Hut punye.

Mak aku pun, melihatkan ke-belagak-an budak ni + show-off yg tak boleh blah, mintak pizza tersebut daripada budak tu. Then mak aku agih-agihkan pizza tu dekat budak-budak yang lain. So Aina tu pun dapatlah merasa sekerat sahaja pizza yg dier bawak, walaupun sebenarnya dier nak makan sorang-sorang je.

p/s: Ok la, maybe korang tak rase benda ni lawak. So maaf la kalau menghampakan korang hehe.

2 comments:

Fathini said...

hahaha!aku bace ayat yang p/s tu yg aku gelak..

van der shraaf said...

so basically part lain2 tu x lawak ek? T__T